Walaupun sudah lebih lapan bulan berlalu, insiden banjir besar yang melanda daerah Hulu Terengganu akhir Februari lalu masih menjadi ingauan penduduk khususnya yang tinggal daerah itu.
Kali ini, kerisauan penghuni 'bandar di bawah tasik' itu menjadi lebih berat apabila tular berita kononnya Empangan Kenyir akan pecah kerana bakal menerima taburan hujan yang lebat sehingga menyebabkan banjir besar.